Penyebab Sakit Pinggang Sebelah Kiri Pada Pria
- Posted By : Admin 6
- On 2022 October 27T19:27
- Category : News

Kategori KesihatanInfo KesihatanAlat Kesihatan KomunitiLihat Semua KategoriSemua SpotlightLihat Semua SpotlightHari Kanser Sedunia 2023 - Rapatkan Jurang PenjagaanMenjaga Kebersihan DiriInfo KesihatanKategori KesihatanUbat & SuplemenRawatan Tradisional & HerbaKesihatanKesihatan KulitPemakanan SihatKesihatan MulutLihat Semua KategoriSemua SpotlightLihat Semua SpotlightHari Kanser Sedunia 2023 - Rapatkan Jurang PenjagaanMenjaga Kebersihan DiriAlat Kesihatan Alat KesihatanVaksinasi DewasaUjian Kulit SensitifUjian Risiko Kanser HatiUjian Pengurusan Kendiri DiabetesUjian Risiko Kanser KolorektalUjian Risiko Kanser Paru-paruLihat Semua Alat KesihatanAlat KegemaranGraf Tumbesaran Kanak-KanakTumbesaran kanak-kanak bersifat unik. Graf tumbesaran kanak-kanak memberi gambaran umum dengan mengambil kira bacaan purata populasi. Jangan panik jika bacaan (percentile) anak anda rendah kerana yang penting ialah bacaan tersebut meningkat seiring dengan masa (corak tumbesaran positif).Lihat Lebih LagiUjian Risiko PradiabetesLihat Lebih LagiUjian Pengurusan Kendiri DiabetesLihat Lebih LagiKomunitiCari komuniti andaKeibubapaanKehamilanLihat semua komunitiPosting UtamaLihat LagiNurul HalifahKehamilan•a yearTrimester 3Vicky YongKehamilan•a yearTahu tak scan bayi yang mana lebih baik untuk ibu hamil? Degaaul MichaelKeibubapaan•a yearWFH parentsFFatinKeibubapaan•9 monthsBekal Untuk Anak Hi, !Terima kasih kerana membaca artikel kesihatan kami, dan mengambil berat tentang kesihatan anda. Ini antara benda baru di Hello Doktor.Apa yang baru?TeruskanLaman UtamaTulang / OtotSakit OtotKomen Kongsi komen andaAyuh jadi yang pertama untuk memberi komen!Sertai Hello DoktorMulakan kiriman baru Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komenJangan Pandang Remeh Sakit Pinggang Sebelah Kiri, Mungkin 5 Perkara Ini Puncanya! Aduh, teruknya sakit belakang badan! Tetapi, kenapa kesakitannya dirasai pada sebelah sisi sahaja? Sakit pinggang sebelah kiri merupakan masalah yang lazim. Ia boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara seperti senaman, sakit otot atau koyakan pada ligamen. Walau bagaimanapun, sakit pinggang yang berlaku atas sebab-sebab di atas selalunya bersifat sementara. Lama-kelamaan, ia akan pulih dengan sendirinya. Namun, sakit pinggang kadangkala menandakan penyakit yang lebih serius seperti jangkitan atau kecederaan yang perlu diberikan perhatian. Sakit belakang merupakan masalah kesihatan yang menghantui ramai orang. Di Amerika Syarikat, 80% rakyatnya akan mengalami sakit belakang atau sakit pinggang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Malah, ia juga bukanlah sesuatu yang asing di negara kita, lebih-lebih lagi jika anda menghabiskan banyak masa di hadapan komputer ketika bekerja. Ingin tahu apakah punca sakit belakang yang dialami? Mari ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah. Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang/ Otot, sila dapatkannya di sini. 5 punca sakit belakang sebelah kiri Tidak dinafikan, sakit belakang boleh menyebabkan kerja kita terganggu. Kesakitannya bukan sahaja boleh membuatkan kita tidak senang duduk, malahan kualiti hidup kita juga akan merosot disebabkan sakit belakang. Jika kesakitan itu bukan berpunca daripada sesuatu yang serius, ia boleh sembuh dengan sendirinya. Namun, bagaimana jika sakit belakang sebelah kiri berpunca daripada penyakit kronik? Di bawah, kami senaraikan punca sakit pinggang sebelah kiri supaya anda tahu bilakah masanya anda perlu berjumpa doktor. 1. Sakit pinggang disebabkan kecederaan pada otot Punca sakit pinggang sebelah kiri yang paling lazim ialah kecederaan pada otot, tendon atau ligamen yang terletak pada bahagian belakang badan. Kecederaan ini boleh berlaku disebabkan: Jatuh atau kemalangan yang menyebabkan trauma pada kawasan belakang badan. Pergerakan yang drastik, anda memulas badan secara tiba-tiba. Mengangkat sesuatu yang berat. Postur badan yang tidak betul. Kecederaan ini boleh menyebabkan anda rasa sakit badan, sukar bergerak dan bengkak di kawasan pinggang. Baca juga: Baru Trimester Pertama, Tapi Ibu Sudah Mula Sakit Pinggang? Cuba Petua Ini Duduk Lama Sangat Buat Ramai Sakit Pinggang? 4 Tip Ini Boleh Mencegah, Pasti Berkesan! 2. Jangkitan buah pinggang Baca lebih lanjut Jangkitan buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit pinggang sebelah kiri. Selain itu, jangkitan ini juga selalunya disusuli simptom lain seperti rasa sakit ketika membuang air kecil, demam, rasa loya, muntah-muntah atau badan menggigil. Jika ini yang berlaku, jumpa doktor secepat mungkin. Kesakitan yang dialami selalunya terletak di sebelah kiri, di atas tulang pinggul. Selain itu, rasa sakit ini juga akan menjadi semakin teruk apabila anda bergerak atau adanya tekanan pada kawasan tersebut. 3. Batu karang penyebab sakit pinggang sebelah kiri Batu karang yang terbentuk disebabkan pengumpulan mineral di dalam saluran kencing boleh menyebabkan sakit yang tajam dan menusuk pada sebelah kiri abdomen. Pada masa yang sama, pesakit juga mungkin akan rasa sakit pinggang, mengalami masalah kencing berdarah dan kencing tidak lawas sekiranya ada penyakit batu karang. Batu karang yang bersaiz kecil boleh keluar dengan sendirinya melalui saluran urinari. Namun, jika batu karang tersebut bersaiz besar, pesakit perlukan bantuan pakar untuk membuangnya sama ada melalui pembedahan atau menggunakan gelombang kejutan. 4. Sakit pinggang sebelah kiri disebabkan kehamilan Lebih daripada 2/3 wanita akan mengalami sakit belakang dan sakit belakang, terutamanya sakit belakang yang tertumpu di kawasan pelvis ketika kehamilan. Sakit belakang amat lazim ketika hamil, lebih-lebih lagi pada fasa awal kehamilan. Pada waktu ini, ligamen badan akan menjadi lembut secara semula jadi. Ia juga akan meregang untuk memastikan ibu bersedia untuk proses kelahiran. Ini akan menyebabkan tekanan pada kawasan belakang badan dan pelvis, yang akan menyebabkan sakit pinggang. Bukan itu sahaja, ibu juga akan alami sakit belakang apabila bayi mula membesar. 5. Keretakan disebabkan stres Kadangkala, sakit pinggang mungkin berlaku disebabkan aktiviti fizikal yang berulang-ulang, seperti sukan mengangkat berat, tenis atau gimnastik. Semua sukan ini boleh menyebabkan keretakan akibat stres. Selalunya, kawasan yang mengalami keretakan akan sakit ketika disentuh. Malah, kesakitan ini juga mungkin terlalu serius untuk diredakan dengan ubat tahan sakit. Oleh sebab itu, mereka yang alami keretakan akibat stres perlu berjumpa doktor untuk rawatan lebih lanjut. Jika tidak, kesakitannya akan menjadi lebih teruk dan mungkin mendatangkan komplikasi yang lebih serius. Kesimpulan Rasa sakit pinggang sebelah kiri merupakan masalah lazim yang mungkin berlaku disebabkan kecederaan otot atau tisu. Kebanyakan kecederaan ini boleh dirawat di rumah dan akan sembuh sendiri dalam masa beberapa minggu. Walau bagaimanapun, jika anda alami simptom lain seperti demam atau kesakitan yang melampau, ia mungkin dicetuskan oleh masalah lain yang lebih serius. Oleh sebab itu, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin jika kesakitan yang dialami berlarutan sehingga berhari-hari. Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.Sumber Rujukan4 Reasons You May Have Back Pain on Only One Side. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/musculoskeletal-and-rheumatology/2017/november/back-pain-on-one-side. Accessed on May 5, 2022. Back pain in pregnancy. https://www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/common-symptoms/back-pain/. Accessed on May 5, 2022. Back Pain. https://www.niams.nih.gov/health-topics/back-pain. Accessed on May 5, 2022. Kidney Stones. https://www.kidney.org/atoz/content/kidneystones. Accessed on May 5, 2022. Kidney stones. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-stones/symptoms-causes/syc-20355755. Accessed on May 5, 2022. Low Back Pain Fact Sheet. https://www.ninds.nih.gov/health-information/patient-caregiver-education/fact-sheets/low-back-pain-fact-sheet. Accessed on May 5, 2022. Artikel BerkaitanMemandu Lama Boleh Sebabkan Masalah Slipped Disc? Ini Punca Selalu Sakit BelakangSudah Lama Menderita Sakit Belakang? Ini Masanya Untuk Ubah Posisi Tidur Anda!Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir AimanDokter Umum · Hello Health GroupDitulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/10/2022IklanIklanIklanIklan LoadingHello Doktor mahu menjadi rakan kongsi anda yang paling dipercayai untuk membuat lebih banyak keputusan yang tepat bersama, dan hidup dengan lebih sihat lagi bahagia.Daftar Masuk SekarangIkut kamiInfo KesihatanAlat Kesihatan InformasiTerma dan SyaratPolisi PrivasiPolisi EditorialPolisi PengiklananGaris Panduan KomunitiHello HealthTentang KamiBio EksklusifPengambilan PengiklananHubungi KamiLawati laman web Hello Health yang lain©2021 Hello Health Group Pte. Ltd. Hak Cipta Terpelihara. Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Image gallery penyebab sakit pinggang sebelah kiri pada pria









:strip_icc():format(jpeg)/kly-media-production/medias/1647225/original/097448500_1499922622-Ciri-Sakit-Pinggang-yang-Disebabkan-Batu-Ginjal.jpg)

:strip_icc():format(webp)/article/6E2o9gI8yUHi1mbK17d0r/original/062957500_1600669961-Sakit-Pinggang-Sebelah-Kanan_-Biasanya-Gejala-Penyakit-Apa-shutterstock_1745484065.jpg)






:strip_icc():format(jpeg)/kly-media-production/medias/3511532/original/087250300_1626328738-pexels-photo-4506109__1_.jpeg)

Read more Penyebab Sakit Pinggang Sebelah Kiri Pada Pria:
- Sakit Pinggang Sebelah Kiri Pada Wanita Saat Haid
- Penyebab Sakit Pinggang Sebelah Kanan Saat Hamil 9 Bulan
- Pinggang Kanan Nyeri Saat Hamil Trimester 3
- Sakit Pinggang Belakang Kiri Gejala Apa
- Sakit Pinggang Kanan Saat Hamil 5 Bulan
- Sakit Pinggang Saat Hamil Muda
- Pinggang Sebelah Kanan Sakit Saat Hamil 35 Minggu
- Pinggang Sebelah Kanan Sakit
- Sakit Perut Bagian Bawah Dan Pinggang Belakang Pada Wanita
- Obat Sakit Pinggang Belakang Untuk Ibu Hamil
- Pinggang Belakang Sakit Apa Tanda Hamil
- Sakit Perut Kiri Bawah Sampai Pinggang Belakang
- Bahayakah Sakit Pinggang Saat Hamil Muda
- Pinggang Belakang Sakit Sampai Kaki
- Pinggang Belakang Sakit Apakah Tanda Melahirkan
- Obat Sakit Pinggang Sebelah Kanan